Jumaat, 27 Mac 2009

Selamat Datang!!

Buat pertama kalinya, saya ingin berkongsi info dan maklumat tentang kampung halaman saya yang agak menarik dipandangan mata, indah dan permai iaitulah..Kampung Permatang Raja! Blog ini akan dijadikan sebagai penyampai maklumat tentang selok belok kampung ini dan perkara-perkara yang berkaitan. Selain itu, akan diusahakan juga untuk mengemaskinikan aktiviti terkini yang terdapat Permatang Raja ini. Blog ini juga tiada kena mengena dengan politik atau apa-apa kepentingan lain selain daripada untuk membongkar keindahan, kedamaian dan apa sahaja yang terdapat di Kampung Permatang Raja. Segala maklumat di sini adalah sahih dan sekiranya ada pihak yang kurang berpuashati atau ada masalah tentang maklumat yang akan disampaikan di sini boleh meninggalkan komen dalam artikel yang berkenaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan